ADUN Kota Alam Shah M Manoharan meminta rakyat Malaysia supaya bertafakur selama seminit pada 16 Julai depan sebagai memperingati kematian Teoh Beng Hock.

NONE Manoharan - yang merupakan peguam Teoh ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Teoh - meminta supaya mereka bertafakur pada jam 2 pagi Jumaat depan.

"Ia untuk mengingati kematian mengejut Teoh, dan juga memperingati ulang tahun pertama kejadian tersebut," katanya.

"Jika inkues Teoh dan suruhanjaya siasatan diraja  gagal menyelesaikan misteri kematiannya, maka tahun depan kita tambah seminit lagi," kata Manoharan, yang pernah ditahan 18 bulan kerana penglibatannya dalam gerakan Hindraf .

[Baca berita penuh]