Polis sekadar kuat kuasa saman ekor

   

Datuk Seri Najib Razak berkata polis hanya menjalankan tanggungjawab dalam penguatkuasaan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Perdana Menteri berkata, tindakan perlu diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan dan kesalahan lalu lintas.

NONE "Yang salah tetap salah, takkan nak beri notis pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rungutan orang ramai mengenai langkah polis yang tetap meneruskan saman ekor terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata tindakan saman ekor itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

Katanya, pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis saman diserahkan akan disenaraihitamkan.

- Bernama

Malaysiakini
terkini untuk anda