Chua Jui Meng dilantik ketua PKR Johor
Diterbitkan: Jul 12, 2010 7:56 PM | Dikemas kini: Jul 12, 2010 7:58 PM
Bekas Menteri Kesihatan yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR Datuk Chua Jui Meng telah dilantik sebagai ketua PKR Johor.
Setiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution berkata pelantikan Chua itu diputuskan pada mesyurat biro politik parti Rabu lepas (7 Julai).
"Datuk Chua Jui Meng akan melaksanakan tugas serta merta," kata Saifuddin dalam kenyataan ringkas pada laman web parti itu hari ini.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.