Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata soal Umno bergabung dengan PAS masih jauh lagi untuk diandaikan buat masa ini.

umno 2007 hishammuddin hussein pemuda and putera umno 051107 "Kalau hendak duduk semeja pun tidak boleh, soal hendak bergabung jauh lagilah," katanya.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata tujuan bagi perbincangan itu hendaklah bagi manfaat semua pihak.

"Soal gabung lagi sedikit masa tak ada timbul," katanya sambil meminta semua pihak tidak 'takut dengan bayang-bayang'.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS terlaksana.

Bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah kecermelangan kepada polis di Putrajaya, Hishammuddin berharap

PAS tidak mempolitikkan isu itu.

RM252,900 untuk 15 balai polis cemerlang

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Hishammuddin sebelum itu menyampaikan hadiah kepada 15 balai polis paling cemerlang di Malaysia.

Kesemuanya melibatkan imbuhan antara RM200 hingga RM500 kepada setiap anggota balai terbabit, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM252,900.

Tempat pertama bagi kategori utama dimenangi Balai Polis Puchong Jaya dalam daerah Subang Jaya.

Ditanya sama ada perbelanjaan kira-kira suku juta ringgit itu berbaloi kerana hanya melibatkan 15 balai sahaja daripada lebih 700 balai di seluruh negara, Hishammuddin berkata:

"Ia melibatkan semua orang di balai berkenaan, termasuk tukang kebun.

"Lagi pun jumlahnya tak banyak, RM200, RM300 sahaja seorang."

Tambahnya, anugerah tersebut bukan dibuat atas pertimbangan wang ringgit tetapi bagi memberikan  pengiktirafan kepada kumpulan tersebut.