Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru dengan fokus mempertahankan media dan kebebasan bersuara di negara-negara Asia Tenggara dilancarkan hari ini.

NONE Antara matlmat lain, Southeast Asia Media Legal Defence Network (Seamldn) atau Rangkaian Pertahanan Perundangan Media Asia Tenggara adalah memberi bantuan perundangan kepada wartawan dan pertubuhan media yang menghadapi masalah ketika bertugas.

Selain itu, NGO yang pertama seumpama itu ditubuhkan akan membekalkan latihan, memggalakan pertukaran maklumat dan strategi dengan peguam-peguam yang mengendalikan kes-kes kebebasan media.

Men NONE urut penyelaras projek itu di Malaysia, HR Dipendra, Seamldn telah wujud secara tidak ‘rasmi’ lebih dua tahun di negara ini.

"Kami telah menghantar beberapa orang pemerhati menghadiri perbicaraan kes hasutan RPK (Raja Petra Kamaruddin). Dengan pelancaran hari ini, kita akan memantau lebih banyak kes pada masa akan datang,” katanya.

Pertubuhan itu mempunyai sembilan peguam yang bertugas secara pro-bono .

"Kami akan memperuntukkan bantuan dalam bentuk dana, kajian, pertukaran maklumat, litigasi dan juga latihan untuk memperkasakan wartawan,” katanya.

Rangkaian itu tidak sahaja beroperasi di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Singapura tetapi idea penubuhannya disambut baik di Hong Kong pada tahun 2007.

Pelancaran hari ini juga dihadiri oleh perwakilan dari Singapura, peguam, aktivis media dan wartawan.

ADS