BERITA

Jalan Tawau-Semporna-Kunak dibuka kembali

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Jul 2010, 7:18 pagi

Jalan raya di kilometer 42, Jalan Tawau-Semporna terputus lewat malam tadi mengakibatkan ratusan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah tidak dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati tebing kiri dan kanan jalan raya itu runtuh akibat hakisan banjir yang berlaku di kawasan itu malam tadi.

Jalan raya berkenaan merupakan jalan utama bagi pengguna untuk destinasi Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Seorang penumpang bas yang menggunakan jalan itu Ahmad Hadi, 56, berkata bas yang dinaikinya dari Sipitang tiba di kawasan itu pada pukul 5 pagi dan ketika itu berpuluh-puluh kenderaan telah terkandas.

"Saya dimaklumkan seorang pengguna jalan raya yang mula-mula sampai di tempat kejadian bahawa jalan berkenaan runtuh pada kira-kira pukul 10 malam tadi," katanya.

Bagaimanapun, bermula petang ini, Bernama melaporkan, jalan tersebut kini dibuka semula untuk kenderaan.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa jalan berkenaan mula dibuka kepada lalu lintas dari kedua-dua arah pada pukul 2 petang.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.