Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jeffrey: Bahagikan Sabah, Sarawak jadi 16 negeri

Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.

NONE Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.

Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.

Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

"Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul ' The Genesis of Malaysia Revisited ' dan 'T he Way Forward ' di Kota Kinabalu, semalam.

september 16 sarawak and sabah independence Forum itu diadakan sebagai pembuka tirai bagi sambutan rasmi Hari malaysia yang pertama yang dijadualkan pada 16 September ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Borneo dengan kerjasama Heritage Common Interest Group Malaysia (CigMA), dan beberapa pertubuhan lain.

[Baca berita penuh]

ADS