Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembangunan Kg Baru ikut model perniagaan Mekah
Diterbitkan:  Aug 2, 2010 4:04 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Pembangunan di kawasan Kampung Baru di Kuala Lumpur di kawasan seluas 90 hektar, berkemungkinan dibangunkan mengikut model perniagaan di Mekah, Arab Saudi.

kampung baru weekend market 260508 01 Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Lembaga Tabung Haji (LTH) - antara dua syarikat milik kerajaan (GLC) yang akan membangunkan Kampung Baru - telah mengemukakan cadangan itu.

Sebuah lagi GLC yang menyatakan persetujuan ialah Permodalan Hartanah Berhad (PHB), manakala Permodalan Nasional Berhad, yang turut dipelawa sebagai pemaju, telah menyatakan persetujuan secara dasar.

"Pembangunan di Kampung Baru kelak, yang ibaratkan sebagai “permata” bagi penduduk Melayu di sebuah kawasan di tengah-tengah Kuala Lumpur, diharapkan menandingi pembangunan di kawasan sekitarnya, termasuk kawasan “segi tiga emas" yang menempatkan Menara Berkembar Petronas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Lab Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru, di Melaka malam semalam.

L kampung baru weekend market 260508 03 ab bagi merangka draf undang-undang yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menunjangi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur, dijangka berfungsi pada tahun depan.

Raja Nong Chik berkata, selain Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Pemaju Pembangunan Kampung Baru yang berfungsi sebagai penyediaan dana dan melaksanakan pembangunan fizikal Kampung Baru, juga akan diwujudkan.

Kerajaan juga akan membantu pembangunan infrastruktur di kampung itu.

- Bernama

ADS