Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan benarkan pelajar kahwin dibidas
Diterbitkan:  Aug 4, 2010 4:24 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Keputusan kerajaan negeri Melaka bagi 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah dibidas NGO wanita dan juga ahli politik.

B ivy josiah interview 051208 4 agi tujuan berkenaan, semalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

"Ini mengarut. Kita kembali ke zaman silam, apabila bukti yang mencukupi menunjukkan kita menolak perkahwinan kanak-kanak,” kata Ivy Josiah, dari Pertubuhan Bantuan Wanita kepada Reuters .

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

"B azlan agi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina,” katanya kepada Utusan Malaysia , semalam.

Melaka sebelum ini mengumumkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung di Jasin yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Dasar seperti ini tidak sepatutnya dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri tetapi seharusnya terletak di tangan menteri persekutuan yang bertanggungjawan terhadap hal ehwal wanita, pendidikan dan kesihatan,” kata Josiah.

Bag NONE i Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkahwinan bawah umur adalah “secara moral dan sosial tidak dapat diterima”.

Menurut perangkaan, jumlah wanita hamil luar nikah di Malaysia meningkat kepada 111 bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding 107 pada tahun 2008.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkatakKebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

   

Kat NONE anya, mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.

"Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur.

"Tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes," katanya kepada pemberita,  di Putrajaya.

   

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata tindakan itu tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut secara keseluruhan tetapi hanya membantu bagi kes-kes tertentu.

[Baca berita penuh]

ADS