Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kabinet arah isu Allah tak dibincangkan secara terbuka
Diterbitkan:  Aug 4, 2010 7:25 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Kabinet hari ini mengarahkan supaya semua pihak, termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, supaya tidak membincangkan secara terbuka isu berkaitan kalimah Allah yang masih dibicarakan di mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jika isu berkenaan dibincangkan secara terbuka, ia boleh mencetuskan situasi yang boleh menghangatkan semula keadaan yang sudah baik sebelum ini.

"Kabinet hari ini sudah putuskan (perkara) ini tidak baik untuk kita debat kerana soal ini ada hubung kait dengan mahkamah. Semua orang tahu, perkara yang masih dalam mahkamah, jangan kita bicara.

"Berdebat (isu ini) tiada hasil dan kebaikan yang boleh kita peroleh kerana ia boleh mencetuskan semula situasi yang tidak baik," katanya selepas menerima peruntukan RM50 juta bagi pihak Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

- Bernama

ADS