Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu 'Allah': Persatuan ulama selar MCA, DAP
Diterbitkan:  Aug 5, 2010 5:11 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) menyeru semua pemimpin politik khususnya pemimpin Islam agar merujuk kepada Mufti, Majlis Fatwa atau musyawarah di kalangan ulama bagi hal-hal berkaitan agama Islam.

Setiausaha PUMPP, Mohd Nizam Mahshar dalam kenyataannya hari ini, menyelar kenyataan bersama oleh MCA dan DAP yang menuntut kalimah Allah dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam untuk tujuan agama mereka.

"PUMPP ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa setakat ini Majlis Fatwa dari 10 buah negeri telah memutuskan dengan hujah dan ilmiah, dan jelas bahawa kalimah Allah serta 20 hingga 40 kalimah Islam lain hanya boleh digunakan oleh Islam bagi tujuan keagamaan," katanya.

Katanya konvensyen itu telah diadakan pada 11 Julai lalu.

Sehubungan itu, PUMPP menyeru semua pihak terutama pemimpin politik supaya menghormati keputusan majlis fatwa kerana perbahasan di media akan hanya menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat serta merendahkan kreadibiliti fatwa yang sepatutnya dihormati oleh umat Islam.

"Perbezaan pandangan haruslah disalurkan secara hormat tanpa menimbulkan perpecahan dan bukan untuk tujuan populariti peribadi dan sokongan politik," katanya.

--Bernama

ADS