Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ubat kuat lelaki memudaratkan
Diterbitkan:  Aug 5, 2010 5:27 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat kuat lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

NONE Beliau berkata, kebanyakan ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang juga bahan aktif perangsang seks lelaki.

"Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini, hari ini, beliau berkata kesan sampingan ubat itu adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya.

Ant medicine health pills and tablets and capsules ara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

Beliau berkata, produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh o ais limau.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini di negara ini. Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk-produk sedemikian.

"Kementerian Kesihatan akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar," katanya.

- Bernama

ADS