Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin kontroversial Umno, Datuk Ahmad Ismail tidak jadi bertanding merebut semula jawatan ketua Umno Bukit Bendera apabila bahagian itu bermesyuarat Ahad ini, setelah dua kali ditunda.

NONE Pada sidang media hari ini di pejabat Umno bahagian itu di Tanjung Bunga, beliau yang juga bekas ketua bahagian berkenaan juga mengumumkan akan bercuti selama setahun.

"Saya ambil masa untuk memikirkan nya semasak-masaknya, sama ada the come back of Ahmad Ismail boleh beri kekuatan pada Umno dan BN.

"Saya telah jumpat empat mata dengan Najib sebanyak lima atau enam kali. Jika tindak tanduk saya akan menjejaskan usaha murni Najib, saya fikir buat apa saya balik," katanya.

Menurut beliau, tindakan itu kerana tidak mahu dianggap sebagai batu penghalang kepada usaha BN untuk dapatkan sokongan rakyat dan juga bagi membolehkan kedua-dua parti komponennya, MCA dan Gerakan memenangi semula sokongan masyarakat Cina.

NONE "Kawan-kawan dari Gerakan ada berjumpa dengan Abdul Jalil dari Bukit Bendera dan mereka hormat dan sokong saya. Mereka mahu bekerja dengan saya dan harap tidak ada isu lagi," katanya.

Katanya, Gerakan juga telah meluahkan sokongan mereka dan berikrar bekerjasama dengan Umno semula agar tidak ada  ketegangan di antara kedua-dua parti.

Isu lain

"Saya lihat ketua pemuda Gerakan pun boleh berkerja dengan saya, jadi bila orang beri sokong, saya pun balik. 

“Jangan lupa Najib adalah bos saya dan saya adalah anak buahnya. Jika tindakan saya akan menjejaskan usaha ikhlasnya, buat apa saya kembali.”

Katanya lagi, tetapi mungkin ada isu lain lagi tetapi mereka kini boleh berbincang dengan semangat BN.

"Selepas memikirkannya semasak-masak, memang tidak dinafikan ada kekuatan (jika saya balik) bagi Bukit Bendera itu sendiri tetapi kepada BN, saya terpaksa fikir panjang-panjang," katanya.

Pa NONE da Mac lalu, semua 36 ahli jawatankuasa eksekutif bahagian Bukit Bendera meletakkan jawatan supaya pemilihan baru dapat diadakan bagi membolehkan Ahmad menjawat semula kedudukan ketua.

Beliau juga memohon maaf jika perletakkan jawatan secara beramai-ramai berkenaan telah menyusahkan parti itu.

"Tidak ada sebab mengapa AGM ditunda sebanyak dua kali hanya dengan alasan tidak mendapat tempat yang sesuai," katanya.

Ahmad digantung oleh Umno pada September 2008 untuk selama tiga tahun kerana mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang berbaur perkauman khususnya kepada masyarkat Cina.

ahmad ismail umno bukit bendera penang pc take down koh tsu koon photo stunt 080908 03 Kemelut itu bertambah kusut apabila Ahmad mencadangkan Gerakan meninggalkan BN, manakala penyokongnya bertindakbalas dengan menggoyakkan potret bekas ketua menteri Pulau pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga adalah presiden Gerakan.

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu, Umno menarik balik hukuman gantung ke atas Ahmad.

[Baca berita penuh]

ADS