Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Penerangan Pemuda Umno Bukit Bendera, Rose Akmar Ahmed telah membuat laporan di balai polis  Butterworth, mendakwa kepimpinan Umno negeri, gagal menjalankan tugasnya untuk memaklumkan kepada ahli mengenai mesyuarat perwakilan bahagian.

bukit bendera agm 080810 rose akmar with group Rose Akmar (memegang laporan), yang diiringi beberapa penyokong, termasuk ahli jawatankuasa Umno Ayer Hitam, Syaikh Zainol Ariffin, berkata beliau menerima mandat daripada Pemuda bahagian untuk berbuat demikian kerana mesyuarat perwakilan tersebut telah dijalankan hari ini.

Rose Akmar, yang juga ketua  Umno cawangan Kampung Mutiara, adalah empat perwakilan yang membuat laporan polis pada 9 Julai lalu, mendakwa mereka tidak menerima notis panggilan mesyuarat bahagian.

Mereka mendakwa kepimpinan Umno negeri itu bertanggungjawab menimbulkan masalah tersebut dan mendakwa beliau hanya menerima notis tersebut pada hari Jumaat (6 Ogos) - sehari sebelum mesyuarat perwakilan bahagian diadakan, dan beliau enggan menerimanya.

"Seseorang dari kepimpinan negeri bertemu saya di Sunway City (Seberang Jaya) dan menyerahkan notis tersebut, tetapi saya enggan menerima," katanya.

ahmad ismail putrajaya meet pm 090908 05

Rose Akmar berkata, beliau enggan menerimanya kerana notis tersebut sepatutnya dihantar sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat.

Umno Bukit Bendera dilanda kontroversi sejak ketua bahagian itu, Datuk Ahmad Ismail (kiri) digantung keahliannya pada 2008 kerana membuat kenyataan yang menghina masyarakat Cina.

Minggu lalu, Ahmad mengumumkan keputusan mengejutkan untuk menarik diri daripada dilantik semula menerajui bahagian tersebut, selepas 36 ahli jawatankuasa bahagian meletak jawatan beramai-ramai untukmemberi laluan kepada beliau bertanding semula.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS