Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri
Diterbitkan:  Aug 10, 2010 4:53 PM
Dikemaskini: 11:59 AM

Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

K NONE etua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Beliau berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan dalam peringkat akhir untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes.

"Tiada keperluan untuk dedahkan motif (kejadian) itu. Tiada suspek, individu mahupun orang ketiga yang dicari. Kes dianggap selesai dan diklasifikasi sebagai bunuh dan bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Anti Hijack di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada kawan dan anggota keluarga kedua-dua mangsa dan mendapati tiada kejadian misteri berlaku.

Pada kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Polis juga menjumpai kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Polis juga menjumpai sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.

A azlan ziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Aziz adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana merupakan Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu.

 

ADS