Persatuan Peniaga Komtar (KMA) bercadang membuat laporan polis terhadap Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) serta mendedahkan surat PDC, yang didakwanya "bertanggungjawab secara langsung" terhadap isu larangan berniaga di Bazar Ramadan di Komtar dalam bulan puasa.

Naib peng NONE erusi KMA, Mohamed Abdul Ghani Pak Jiman berkata, PDC yang bertanggungjawab ke atas gerai-gerai tersebut, lambat memberitahu peniaga tentang tarikh akhir yang baru untuk membayar sewa, mengakibatkan mereka tidak membuat bayaran kepada PDC dalam masa yang ditetapkan.

Ghani berkata, PDC hanya menghantar surat tersebut pada petang 6 Ogos, meminta bayaran sewa dibuat pada hari Isnin 9 Ogos, menyebabkan beliau bergaduh dengan pegawai kerajaan negeri dan ahli KMA.

"Saya akan dedahkan surat-surat tersebut apabila saya membuat laporan polis di balai Pantai Road dalam beberapa hari lagi," kepada kepada pemberita di tingkat tiga Komtar hari ini.

Diperalatkan

"Saya juga ada sepucuk surat yang mengatakan PDC seharusnya menghantar surat-surat tersebut (kepada peniaga) pada 10 Julai tetapi ditangguhkan ke 6 Ogos. Apa yang mereka cuba lakukan?"  tegasnya.

Ghani (kanan) mendakwa PDC mungkin tidak puas hati dengan kerajaan negeri, dan cuba melemahkan pentadbiran dengan memperalatkannya.

"Th NONE e PDC harus menjawab semua tuduhan ini... Tanyalah kepada mereka," katanya kepada wartawan yang menemuinya selepas pertemuannya dengan pengurus besar PDC Datuk Rosli Jaafar.

"PDC harus memberi kami peluang untuk membuat bayaran, dan bukan melarang kami membuka gerai kami di sini," tambahnya.

Dalam pertemuan tersebut, katanya, dengan bantuan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Rosli telah bersetuju membenarkan gerai-gerai dibuka di Komtar sepanjang bulan Ramadan.

Para peniaga akan dikenakan bayaran yang dipersetujui sebanyak RM50 sehari untuk ruang niaga, manakala PDC menanggung kos gerai.

Elak kesesakan

KMA pula bersetuju hanya 25 gerai - bukan 27 - dibuka bagi mengelak kesesakan di kawasan itu, yang merupakan pintu masuk utama ke pejabat sekretariat kerajaan negeri.

Gh NONE ani juga berkata kekecohan Isnin lalu yang berlaku apabila 27 peniaga mengadakan protes terhadap kerajaan negeri di Komtar, adalah disebabkan 'masalah "teknikal'.

Beliau menyalahkan media kerana didakwanya memutarbelit keadaan untuk menunjukkan KMA ada masalah dengan para peniaga kerana tidak menjelaskan wang yang dipungut daripada mereka, kepada PDC sebagai bayaran sewa bagi gerai mereka.

Apabila diberitahu bahawa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang membuat dakwaan tersebut dalam satu sidang akhbar di Komtar semalam, Ghani meminta maaf kepada wartawan, dengan mengatakan dia "belum ada masa untuk membaca akhbar".

[Baca berita penuh]