Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, berkata kelemahan penguatkuasaan dalam memantau penerokaan kawasan hutan di Hulu Kelantan dan sikap kontraktor tidak amanah adalah antara faktor pencerobohan hutan di negeri itu tidak terkawal.

the antidote article long kerong sarawak timber logging samling 090609 03 Katanya, walaupun kerajaan negeri sentiasa membuat pemantauan terhadap kerja pembangunan di kawasan tanah tinggi bagi mengelak kejadian menceroboh di luar kawasan yang diluluskan, namun pencerobohan masih berlaku.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam dan Pembangunan Tanah dan Wilayah Negeri, mengulas laporan bahawa kerajaan negeri gagal menangani isu pencerobohan tanah menyebabkan ia menjejaskan alam sekitar dan sistem ekologi di kawasan Hulu Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, baru-baru ini dilaporkan berkata kerajaan negeri sepatutnya menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menjalankan siasatan berhubung pencemaran alam akibat aktiviti penerokaan tanah baru untuk pembukaan ladang dan pembalakan.

logging logger timber wood kayu balak forest hutan Ahmad berkata, masalah pencerohohan kawasan dapat diatasi apabila kerajaan negeri menguatkuasakan peraturan baru mengenakan cagaran lebih besar sehingga RM100,000 kepada pengusaha projek pembangunan tanah berbanding RM6,000 mengikut Akta Enakmen Tanah sekarang.

"Di bawah peraturan itu, wang cagaran itu hangus apabila pengusaha projek melanggar syarat perjanjian," katanya.

- Bernama