Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor berkata Tee Boon Hock telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).

NONE Menurut menteri besar, tindakan itu diambil selepas siasatan menunjukkan Tee telah melanggar kod etika.

"Saya sudah memaklumkan keputusan ini kepada Yang Dipertua MPK dan meminta beliau membuat tindakan yang sewajarnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli majlis supaya jujur dan telus dalam kerja mereka, dan tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan rakan dan anggota keluarga mereka.

Ditanya mengenai seorang lagi anggota majlis MPK yang didakwa turut terbabit dalam kes serupa, Abdul Khalid berkata perkara itu akan disiasat dan tindakan yang sama akan dikenakan sekiranya individu terbabit didapati bersalah.

"Saya akan rujuk perkara ini kepada YDP MPK, sekiranya berlaku perkara yang sama, kami akan ambil tindakan," katanya.

NONE Pada 7 Ogos lalu, jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Tee daripada parti itu selepas mendapati dia mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat yang anaknya mempunyai kepentingan.

Tee dilanda kontroversi hujung bulan lalu apabila akhbar Star melaporkan dakwaan bahawa seorang ahli majlis tempatan dari DAP menyalahgunakan kepala surat dan cop exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mengeluarkan surat sokongan kepada mereka yang rapat dengannya.

Katanya, kerajaan negeri menyerah kepada pihak polis untuk memutuskan sama ada terdapat sebarang unsur-unsur jenayah dalam perkara itu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mengutamakan soal akauntabiliti dan tanggungjawab, maka ia tidak akan berkompromi dengan sebarang amalan rasuah di semua peringkat.

Kerajaan negeri, katanya, komited untuk membawa pembaharuan bagi membersihkan pentadbiran Selangor dan memastikan ia bebas daripada rasuah dan salahguna kuasa.

Abdul Khalid juga berkata, beliau akan memaklumkan kepada yang dipertua MPK mengenai keputusan exco negeri.

[Baca berita penuh]

ADS