Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk pemimpin Umno bahagian Gopeng disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu membabitkan pembahagian tanah untuk satu projek kampung tersusun.

Semua individu berkenaan dipanggil untuk siasatan pada bulan Mei lalu, menurut satu sumber daripada akar umbi Umno di situ.

B NONE eliau yang tidak ingin dikenali bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas pemimpin itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang dibuat oleh ADUN Teja Chang Lih Kang kepada SPRM semalam.

Dalam laporan tersebut Chang mendakwa seorang pemimpin kanan Umno bahagian itu menerima sepuluh lot yang ditetapkan untuk pembangunan Rancangan Kampung Tersusun (RPT).

Laporan itu juga mendakwa, pemimpin tertinggi bahagian berkenaan juga merupakan seorang daripada pemegang saham dalam sebuah syarikat yang turut menerima tanah seluas 50 ekar tanah untuk RPT.

Fail diambil

Dalam pada itu, seorang penolong pegawai daerah Kampar Nur Ashqrun Samsuri mengesahkan bahawa SPRM telah mengambil fail untuk pembangunan RPT tersebut sejak Januari lalu.

Nur Ashqrun Samsuri dari unit pembangunan tanah dan pelupusan berkata, tanah berkenaan telah diluluskan untuk RPT namun status projek itu setakat ini masih tergantung.

Jelasnya, Pejabat Tanah dan Daerah Kampar hanya boleh mengeluarkan surat tawaran kepada penduduk kampung yang layak menerima RPT selepas SPRM memulangkan fail berkenaan.

"Kita tidak boleh proses sebab semua fail tersebut berada di tangan SPRM," katanya lagi.

T azlan ambahnya, SPRM bertindak mengambil fail bagi RPT tersebut daripada pejabat tanah tersebut selepas senarai nama bagi seramai kira-kira 100 orang penerima lot tanah  berkenaan dipamerkan.

"Bila kita pamerkan nama penerima yang layak, ramai yang tidak puas hati apabila ada orang yang tidak dapat, tapi ada orang tertentu pula yang dapat," katanya lagi.

Beliau juga tidak dapat mengganggarkan keluasan sebenar bagi kawasan tanah berkenaan memandangkan ia tidak termasuk kawasan setinggan di kawasan tersebut.

"Sepatutnya penduduk setinggan di situ secara automatik mendapat lot RPT," katanya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan tanah RPT yang diperolehi oleh sebuah syarikat itu, Nur Ashqrun berkata beliau perlu meneliti terlebih dahulu sama ada tanah tersebut pada asalnya milik invidu atau sememangnya milik kerajaan negeri.

"Kalau milik individu, pemilik memang boleh serahkan kepada sesiapa yang dia suka, tapi bergantung kepada sekatan-sekatan.

"Tapi kalau tanah milik kerajaan, ia ditadbir oleh pejabat tanah," katanya.

Jelasnya, kelulusan untuk menyerahkan tanah tersebut kepada mana-mana individu perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Tanah yang dipengerusikan menteri besar.

ADS