Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kisah Tun Razak di Astro pada 24 Ogos
Diterbitkan:  Aug 14, 2010 9:34 AM
Dikemaskini: 1:41 AM

Saluran National Geographic Astro akan memaparkan dokumentari mengenai Malaysia sempena ulang tahun ke-53 kemerdekaan Malaysia.

tun razak seminar 150607 najib Dokumentari berkenaan diterbitkan oleh National Geographic Channel dengan peruntukkan dana dan kerjasama daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malasyia (Finas).

Astro berkata program tersebut bertajuk A Nation Rises: Malaysia akan memuatkan tujuh dokumentari mengenai perdana menteri kedua iaitu allahyarham Tun Abdul Razak di bawah segmen perdana A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak .

Ia akan ditayangkan pada 24 Ogos jam 9 malam pada saluran 553.

china and malaysia relations 110405 tun razak and mao Ia akan menyentuh era pentadbiran Tun Razak antara 1970-1976 yang menyoroti bagaimana beliau membawa Malaysia keluar dari konflik perkauman 13 Mei 1969 dan seterusnya memacu negara kepada arus pembangunan.

Dokumentari selama sebulan ini turut mengetengahkan kisah legenda bola sepak negara allahyarham Mokhtar Dahari pada 30 Ogos jam 9 malam di saluran yang sama.

Antara tajuk lain yang akan ditampilkan ialah Becoming A King , Fight Master: Silat , Among The Great Apes with Michelle Yeoh , Petronas Twin Tower dan Smart Tunnel .

- Bernama

ADS