Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Naib presiden KMA buat laporan polis
Diterbitkan:  Aug 16, 2010 5:27 PM
Dikemaskini: Aug 17, 2010 1:25 AM

Naib Presiden Dewan Perniagaan Komtar (KMA) Mohamed Ghani Abdul Jiman mendakwa kerajaan negeri memfitnah beliau menerusi risalah mengandungi tohmahan untuk menjatuhkan namanya.  

Beliau telah membuat laporan polis di pondok polis Komtar pukul 3 petang ini setelah menyedari salinan risalah itu diedarkan di bazar-bazar Ramadan di Georgetowan.

    

NONE "Risalah itu mengandungi tohmahan yang besar memburukkan nama baik saya sebagai seorang peniaga dan naib presiden KMA. 

    

"Saya mahu agar kerajaan negeri hentikan pengedaran risalah ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan telus," katanya kepada pemberita hari ini.

     

Antara kenyataan yang terkandung dalam risalah itu ialah kegagalan KMA membayar sewa kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

    

"Dalam soal bayaran sewa, semua peniaga hendak adakan perbincangan terlebih dahulu dengan PDC tetapi mereka (PDC) sering memberi alasan sibuk, jadi tidak boleh bayar sewa lagi sehingga hari ini," katanya.

    

Selain itu Mohamed Ghani juga menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai sokongan kuat dari Umno untuk menjalankan perniagaan.

    

"Saya hanya seorang peniaga dan bukan anggota politik, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa saya adalah anggota politik dan Umno berada di belakang (menyokong) saya," katanya.

    

- Bernama

ADS