Media Prima Bhd (MPB) mengumumkan tarikh tutup bagi tawaran pengambilalihan saham The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) tanpa syarat, dilanjutkan sehingga 5 petang 14 September 2010.

media prima and ntv7 and nstp and tv3 Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kumpulan itu menerima 210.388 juta saham, mewakili 96.85 peratus terbitan dan modal berbayar NSTP setakat 17 Ogos 2010.

    

MPB bercadang mengambil kesemua baki saham dalam NSTP itu yang belum lagi dimiliki oleh kumpulan itu pada harga tawaran sebanyak RM2.40 sesaham, yang akan diselesaikan menerusi terbitan enam saham masing-masing dalam MPB pada harga RM2 sesaham dan satu waran percuma dalam MPB bagi setiap lima tawaran saham yang diterima.

    

Kenyataan itu menyebut dagangan saham NSTP digantung sementara menunggu untuk dinyahsenaraikan.

    

Pemegang saham NSTP yang belum mendapat tawaran itu akan memegang saham NSTP tidak tersenarai apabila tawaran itu ditutup.

- Bernama