Parti bebas - Sapp berikrar akan membatalkan tiga projek kontroversi kerajaan persekutuan “apabila mereka berkuasa” di Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

yong teck lee sabah sapp party pc 230409 02 Presidennya, Yong Teck Lee berkata mereka akan memenuhi janji itu kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menghentikan projek-projek berkenaan.

Sehingga itu, katanya Sapp akan mengenakan tekanan ke atas kerajaan persekutuan dan memberi amaran pihaknya akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran jika bantahan rakyat terus tidak dihiraukan.

Menurutnya, tiga projek itu adalah  – pusat tenaga arang batu di Sinakut, Lahad Datu, dan cadangan membina dua empangan di Kaiduan, Papar dan Kg Tambatuon, Kota Belud. Ketiga-tiga projek berlkenaan disifatkannya sebagai “tidak perlu, kerana tidak memberi manfaat kepada rakyat dan kosnya telah berlipat-ganda.”

“Pergerakan Pemuda Sapp telah merancang perhimpunan solidariti berhubung tiga isu ini dan jika kerajaan meneruskan projek berkenaan, maka rakyat bersedia membuat bantahan,” kata Yong ketika merasmikan cawangan baru parti itu di Kg Nambazan di Moyog, Penampang baru-baru ini.

Ketiga-tiga projek itu dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion jika dilaksanakan.

NONE Pusat tenaga arang batu yang mampu menjana 300-megwatt kuasa itu dicadangkan bagi mengatasi kekurangan tenaga di pantai timur Sabah.

Sebelum ini, cadangan membina pusat itu di dua lokasi yang lain mendapat bantahan penduduk tempatan sebelum kerajaan negeri bersetuju memindahkannya ke Lahad Datu. Ini kerana ia didakwa memusnahkan alam sekitar.

Mankala pembinaan dua empangan itu bertujuan sebagai kawasan tadahan air dan juga sebagai sistem saliran bagi menyokong aktiviti pertanian di Sabah.

Pembinaan kedua-dua empangan itu juga mendapat bantahan penduduk tempatan kerana ia akan menyebabkan ribuan terpaksa dipindahkan jika empangan berkenaan didirikan.

[Baca berita penuh]