Pakar: Peraturan industri media sudah berubah
Firma gergasi media kini berdepan dengan masalah kepupusan apabila mereka bergelut dengan cabaran baru di pasaran yang semakin berhubungan di peringkat global.
Menurut pensyarah University of Birmingham, Paul Bradshaw, firma-firma berkenaan kini terpaksa menjadi lebih cekap dan mengurangkan tenaga kerja. Semua ini menyebabkan syarikat media cetak dan media elektronik tersepit mencari model perniagaan masa depan mereka.
"Sebagai entiti perniagaan, mereka mesti cekap dan tidak mempunyai pekerja berlebihan, tetapi mereka dibelenggui oleh legasi mereka sebelum ini,” katanya pada seminar media online di Petaling Jaya hari ini.
Menurut Bradshaw, firma-firma besar menyedari kemelut itu dan berusaha menukar rentak serta model perniagaan mereka dengan melupuskan aset utama seperti kilang mencetak tetapi ini mungkin agak rumit dilakukan.
Ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran pula berkata globalisasi telah menukar asas yang menjalankan perniagaan media.
Kat
anya, 90 peratus pendapatan dari iklan yang sebelum ini diboloti oleh media arus perdana telah lari ke firma bukan media seperti Google dan Yahoo berikutan jangkauan global mereka yang tidak mengenali batasan atau sempadan.
Premesh juga berkata saingan di kalangan syarikat media juga tidak lagi bersifat tempatan kerana pilihan pengguna juga telah berkembang secara eksponen di internet.
"(Masa untuk) syarikat media gergasi sudah berakhir, mereka sudah mati,” katanya pada sesi soal-jawab.

