BERITA

PAS: Isu khutbah 'fitnah dan pembohongan' Umno

Susan Loone

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Ogs 2010, 1:47 pagi

PAS Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh kepada DAP dalam menyangkal dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

mujahid yusof rawa Timbalan pesuruhjaya PAS negeri, Mujahid Yusof Rawa (kanan), menuduh Umno melakukan  "fitnah dan kebohongan" apabila mendakwa bahawa beberapa kathib atau imam di Pulau Pinang telah menggunakan nama Lim untuk menggantikan nama Seri Paduka, sedangkan dakwaan itu belum terbukti.

"Ini adalah satu dusta, dan amat dikesali kerana (dakwaan itu) dibuat dalam bulan Ramadan," kata Mujahid yang juga ahli parlimen PAS Parit Buntar.

"Jika kita ingin bermain politik, kita tidak boleh melebihi batasannya, terutama pada bulan ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.

Mujahid yang pengerusi PAS Bayan Baru berkata, PAS menolak kenyataan-kenyataan yang berunsur 'fitnah' yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya menyerahkan kepada PAS tugas membela hak orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.