Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Simbah cat di surau: Empat ditahan polis
Diterbitkan:  Aug 24, 2010 11:27 AM
Dikemaskini: 10:15 AM

Empat orang ditahan polis berhubung siasatan sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

polis diraja malaysia police Pada sidang media hari ini, Ketua Polis Negeri SembilanDatuk Osman Salleh berkata kempat-empat remaja berumur antara 16 hingga 18 tahun ditahan awal pagi ini.

Mereka dalam lingkungan antara 16 hingga 18 tahun.

Menurut Osman, siasatan awal mendapati keempat-empat mereka bermain mercun berhampiran surau itu tetapi diarahkan supaya meninggalkan kawasan itu.

Oleh NONE kerana tidak berpuas hati, mereka memutuskan untuk menyimbah cat di surau yang baru dibuka pada Julai lalu itu.

"Nampaknya mereka bertindak ikut gerak hati,” kata Osman.

"Ini kerana sehari sebelum itu, keempat-empat remaja terbabit dikatakan terlibat membakar mercun berhampiran kawasan surau itu dan apabila ditegur oleh jemaah surau, mereka bertindak balas dengan menyimbah cat ke atas surau.

Mereka ini menunjukkan protes dengan cara nakal mereka," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.

Katanya keempat-empat remaja itu tinggal di kawasan berhampiran.

Tambahnya, mereka itu akan dikenakan tahanan reman empat hari sebelum polis memutuskan sama ada untuk mendakwa kerana merosakkan rumah ibadat.

Beliau berkata siasatan polis setakat ini mendapati tindakan remaja berkenaan walaupun lebih merupakan tindakan nakal tetapi ia sebenarnya berupa tindak balas.

NONE Osman mengingatkan orang ramai agar jangan mengambil tindakan berdasarkan persepsi masing-masing ekoran kejadian itu.

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa kejadian ini bukan merupakan isu perkauman dan bukan juga isu keagamaan," katanya.

Beliau berkata jika siasatan polis mendapat keempat-empat remaja itu bersalah, mereka akan didakwa di mahkamah.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa surau itu Mohd Hasbi Ismail bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menahan suspek dengan cepat.

"S NONE aya harap perkara ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di surau berkenaan mendapati kesan cat merah yang disimbah pada dinding dan lantai surau itu telah dibersihkan oleh kontraktor, sebelum dicat semula dengan warna asal.

Manakala kerja-kerja pemasangan pagar di sekeliling surau itu telah bermula. Surau itu baru digunakan pada 24 Julai lalu.

Pada kejadian awal pagi semalam, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

ADS