Yong Vui Kong, rakyat Malaysia yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura, kini mengejar masa untuk menyelamat nyawanya dari tali gantung.

NONE Terbaru, peguam Yong mendapat lanjutan tempoh akhir memohon pengurangan hukuman, yang sepatutnya tamat esok.

Bagaimanapun, dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya dari tali gantung, peguamnya telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia menuntut supaya merujuk republik itu kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana didakwa menafikan Yong dalam proses perundangannya.

Surat itu, dihantar oleh firma guaman Edwin Lim Suren dan Soh pada hari Isnin, yang dialamatkan kepada Menteri Luar Datuk  Anifah Aman dan salinannya kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

NONE Dalam surat tersebut, peguam Yong memberi tempoh 48 jam kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan prosiding di ICJ terhadap Singapura, bagi menyelamatkan nyawa Yong, atau berdepan dengan tindakan undang-undang, kata peguamnya N Surendran.

Beliau yang mewakili peguam hak asasi manusia - Lawyers for Liberty - berkata, pelanggannya menderita dan berdepan dengan kehilangan nyawa, manakala tempoh memohon pengurangan hukuman berakhir esok.

NONE "Kita diarahkan supaya mendesak Malaysia memulakan prosiding di ICJ terhadap Singapura serta memohon perintah untuk menyelamatkan nyawa pelanggan kami, dalam tempoh 48 jam dari tarikh tersebut," katanya.

Jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan bagi menegakkan hak pelanggannya.

Yong, 22, yang sedang menunggu hukuman mati di Penjara Changi, selepas didapati bersalah mengedar 47.27gm diamorfin di republik itu,

mengikut seksyen 5 (1Xa) Akta Penyalahgunaan Dadah.

NONE Rayuannya terhadap hukuman tersebut ditolak Mahkamah Rayuan pada 14 Mei, dan dia sekarang mengemukakan permohonan pengampunan, di bawah Perkara 22P perlembagaan republik itu.

Kes Yong mendapat banyak perhatian awam di Malaysia dan Singapura, di mana petisyen yang memohon supaya hukuman mati ke atasnya diringankan kepada penjara seumur hidup,  telah mengumpulkan lebih 100,000 tandatangan.

Keluarganya menyerahkan petisyen kepada Presiden Singapura SR Nathan di Istana semalam, tetapi gagal memenuhi beliau.

Singapura berkeras bahawa republik itu telah mengikut undang-undang dan tidak bertindak secara prejudis apabila menolak petisyen Yong.

[Baca berita penuh]