Pekerja yang bekerja pada 16 Sept iaitu Hari Malaysia perlu diberi cuti umum berbayar.

september 16 sarawak and sabah independence Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu  tertakluk di bawah Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955.

Kerajaan telah mengisytiharkan bermula tahun ini, tarikh 16 Sept adalah cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu telah diwartakan pada 9 Nov 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951.

- Bernama