Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua ditahan cuba bakar bendera Indonesia
Diterbitkan:  Aug 28, 2010 8:03 PM
Dikemaskini: Aug 29, 2010 12:39 AM

Dua lelaki tempatan ditahan ketika cuba membakar bendera Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Republik Indonesia, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur awal pagi ini.

police sabtu osman pc on elizabeth wong nude photos and karpal singh 270209 02 Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata kira-kira 15 individu hadir di pejabat kedutaan itu sebelum dua lelaki, yang memberhentikan kenderaannya kira-kira 50 meter dari pejabat berkenaan, turun dan cuba membakar bendera yang dibawa sendiri.

Sabtu berkata kedua-dua lelaki itu yang berumur 20 dan 40 tahun kemudian dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

Beliau berkata orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak dan tindakan anasir-anasir luar yang mahu memporak-perandakan keamanan negara.

"Kes disiasat di bawah seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda. Motif kedua-dua lelaki terbabit akan disiasat," katanya kepada Bernama .

NONE Insiden itu dipercayai berlaku berikutan tindakbalas daipada tindakan sekumpulan penunjuk perasaan dari Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang membakar dan meludah Jalur Gemilang, di Jakarta minggu lalu.

Sabtu menasihati orang ramai supaya jangan bertindak di luar batasan dengan melanggar undang-undang demi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

"Kita di sini (Malaysia) punya undang-undang, biarlah polis dan pihak berkuasa yang siasat dan ambil tindakan. Orang ramai tak perlu campur urusan itu dengan melakukan demonstrasi sana-sana kerana ia hanya akan jejas imej negara dan ganggu tugas kita (polis)," katanya  kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jaya Jusco Wangsa Maju di Kuala Lumpur hari ini.

ADS