Malaysiakini BERITA

KJ: Kenyataan Kit Siang gila, tak masuk akal

Jimadie Shah Othman & Regina Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan tokoh popular DAP Lim Kit Siang yang mempertahankan penyanyi rap Namewee, sekaligus menyalahkannya kembali sebagai gila dan tidak masuk akal.

NONE "Saya tergaman seketika (dengar kenyataannya). Kesimpulannya, apa yang Kit Siang cakap, kamu (Khairy) juga rasis, jadi jangan cakap pasal Namewee. Lebih kurang macam itulah.

"Jadi, sekiranya seorang itu rasis sebelum ini, orang lain juga OK menjadi rasis? Dua kali buat salah tidak menjadikan salah satunya benar," kata Khairy sambil menafikannya pernah membuat kenyataan rasis.

Semalam, Lim menyoal sama ada Khairy - yang mengkritik Namewee (nama sebenar Wee Meng Chee) kerana menghasilkan video kontroversinya Nah! - akan menyerah diri kepada polis kerana didakwa turut pernah mengeluarkan kenyataan rasis.

Dalam kenyataanya, Lim merujuk kepada ucapan Khairy dalam perhimpunan agung Umno pada 2007 dan ucapannya didakwa berkata orang Melayu dipinggirkan di Pulau Pinang.

lim kit siang 02 Menurut Lim, tafsiran Khairy berhubung ayat " You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya?" dalam video itu adalah ofensif kepada orang Melayu, sebenarnya terbuka kepada pelbagai tafsiran.

Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur berkata, ia tidak semestinya bermaksud orang Melayu memainkan peranan kecil dalam pembangunan ekonomi negara.

Mengakui bahawa video itu boleh jadi ada kesalahan dan lucah, Lim dilaporkan berkata, tiada isu kandungannya yang bersifat menghasut.

'Macamlah kita tak ada sumbangan langsung'

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Damansara hari ini, Khairy menjelaskan kenyataanya di Pulau Pinang itu  sebenarnya ditujukan pada kerajaan negeri bahawa terdapat tanggapan orang Melayu dipinggirkan dalam pembangunan negeri.

NONE "Saya tujukan pada kerajaan negeri BN (sebelum ini) yang dalamnya ada juga ahli Umno. Jadi, saya tidak tahu bahagian mana (dalam kenyataan itu) yang rasis?" katanya.

Sementara itu, merujuk kepada ucapannya dalam perhimpunan agung Umno, Khairy menjelaskan ia dibuat dalam konteks menghuraikan tentang penstrukturan semula ekonomi rakyat Malaysia Melayu Dasar Ekonomi Baru supaya tidak lagi berasaskan kaum.

Katanya, ketika membahaskan usul ekonomi dalam persidangan itu - yang kebetulan jatuh pada hari Deepavali - kerajaan masih gagal melaksanakannya penstukturan itu dalam sebilangan sektor ekonomi.

NONE "(Kebetulan) banyak vendor akhbar daripada kalangan orang India, sebab itu kita tak dapat akhbar hari ini.

"Adakah itu (dikira) rasis? Tidak. Saya tidak marah mereka (orang India) sebab tak dapat akhbar pada hari itu," jelas Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Mengulas mengenai " You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya?", Khairy sambil ketawa kecil berkata sekiranya perkara itu ditanya kepada 10 rakyat Malaysia, semuanya akan memberikan jawapan yang sama, bahawa sudah tentu ia ofensif terhadap orang Melayu.

Ini kerana, tambahnya, video itu sendiri dibuat sebagai respons kepada ucapan pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis kepada anak muridnya berbangsa Cina dan India.

"Kemudian Namewee (pula) jawab, siapa buat negara itu kaya? Secara konteksnya sudah tentu offensif pada Melayu. Macamlah kita tak ada sumbangan langsung," katanya.

VIDEO | 9.52 min