BERITA Malaysiakini

756 ahli PAS di parlimen Larut sertai Umno

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

umno pas Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri  Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Umno semakin teguh

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin BN juga mendorongnya untuk beralih arah kepada Umno.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209 "Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian Umno secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata  tindakan mereka memilih Umno menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak.

- Bernama