Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kakitangan Sarawak Tribune diarah 'tutup mulut'
Diterbitkan:  Sep 4, 2010 10:23 AM
Dikemaskini: 2:32 AM

Arahan ‘tutup mulut’ telah dikeluarkan kepada kakitangan akhbar New Sarawak Tribune berikutan penggantungan tugas editor eksekutifnya, Paul Si berhubung sebuah artikel pada 30 Ogos lalu yang dikatakan tidak disenangi oleh Ketua Menteri sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

azlan Menurut sumber, kakitangan berkenaan diarahkan supaya ‘tutup mulut’ berhubung penggantung ke atas Si itu dan ia dipercayai adalah atas arahan anak perempuan bongsu Taib - Hanifah.

Hanifah dilaporkan mencaci editor kanan dan pengurusan akhbar berkenaan pada mesyuarat lewat petang Isnin lalu berhubung artikel berkenaan yang berlarutan sehingga keesokan hari.

Hari berikutnya, yang kebetulan Hari Kemerdekaan, Si digantung tugas. Dia enggan mengulas apabila dihubungi hari ini.

Semuanya gara-gara tindakan Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu.

Laporan itu memetik pendapat penganalisis politik  yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum Jun tahun depan.

NONE Menurut mereka yang diwawancara Bernama , Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk mengundurkan diri setelah memegang kuasa selama 29 tahun dan tawarannya itu dilihat cubaan untuk memancing sokongan daripada pemimpin tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli lembaga pengarah Sarawak Tribune , James Ritchie menafikan laporan bahawa beliau telah dilucutkan daripada jawatannya sebagai ‘penasihat editorial’ berhubung penerbitan artikel itu.

Ritchie juga berkata beliau sangsi jika Abdul Taib secara langsung ataupun tidak - terbabit dengan keputusan menggantung Si.

“Ketua menenteri mempunyai dasar tidak campur tangan. Saya sangsi dia secara peribadi terlibat dengan keputusan memecat sesiapa di the Tribune ,” katanya, ketika dihubungi.

Khamis lalu sebuah portal berita melaporkan bahawa Ritchie telah dipecat berhubung penyiaran artikel berkenaan.

The Tribune dilancarkan semula dengan penjenamaan baru pada 19 Mei tahun ini dan dirasmikan oleh Abdul Taib.

siby by-election nomination day 080510 mahmud taib Akhbar berbahasa Inggeris paling tua di Sarawak itu pernah digantung pada 9 Februari 2006 kerana menerbitkan semula karikatur kontroversial yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Pihak pengurusan akhbar berusia 61 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup akhbar berkenaan meskipun arahan penggantungan itu kemudiannya ditarik balik. Mereka sebaliknya menerbitkan Eastern Times .

Edisi terakhir Eastern Times diterbitkan pada 19 Mei, iaitu sehari selepas Sarawak Tribune berada di pasaran semula.

Akhbar itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Abdul Taib. Ia adalah anak syarikat Naim Cendera Holdings Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Hamed Sapawi.

Abdul Hamed adalah sepupu Abdul Taib dan mengikut majalah Forbes , beliau adalah dalam senarai 40 orang paling kaya di Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS