Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahasiswa Indonesia pula demo di kedutaan M'sia
Diterbitkan:  Sep 4, 2010 8:45 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Pelajar berpakaian ala tentera seramai  40 orang merupakan kumpulan terbaru yang menjadikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai sasaran demonstrasi berikutan insiden di peraiaran berhampiran Pulau Bintan pada 13 Ogos lalu.

Dalam aksi selama satu jam 15 minit itu, mereka yang mendakwa dari Resimen Mahasiswa Indonesia menyatakakan siap untuk berperang  secara fizikal dan bukan fizikal dengan Malaysia dan meminta rakyat  Indonesia bersikap perang dengan Malaysia.

NONE Kumpualan penunjuk perasaan itu turut meminta kerajaan Indonesia bersikap tegas dalam menjaga kedaulatan wilayah Indonesia dan  memohon Malaysia meminta maaf kepada Indonesia serta menghormati negara itu.

Pada suatu ketika mereka bertolak-tolakan dengan anggota Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar Kedutaan Besar Malaysia.

Mereka memberitahu akan mengadakan satu lagi demonstrasi di tempat  sama pada 7 Sept.

Beberapa kumpulan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia serta bangunan milik syarikat Malaysia di Jakarta bagi menunjukkan kemarahan berhubung insiden yang membabitkan pihak berkuasa negara tersebut yang ditahan dalam perairan Malaysia.

Malaysia dan Indonesia dijadual mengadakan pertemuan di Kota Kinabalu pada Isnin ini bagi membincangkan insiden tersebut.

- Bernama

ADS