Malaysiakini BERITA

KJ: Ada persamaan saya dengan Najib

Jimadie Shah Othman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan beliau kini keseorangan dalam parti Melayu itu, khususnya selepas pengunduran bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Ini dikatakan sesetengah pihak diburukkan lagi dengan pendekatan 'liberalnya' dalam memimpin pemuda.

NONE “Contohnya bila saya keluarkan kenyataan, mereka tidak faham. Mereka tanya saya, kenapa begitu cepat bersuara terhadap orang Melayu yang didakwa buat kenyataan rasis. Mereka tanya, kenapa kamu lebih Pemuda BN daripada jadi pemimpin Pemuda Umno,” kata Khairy.

Bagaimanapun, yang bagusnya, menurut ahli parlimen Rembau itu, apa yang berlaku merupakan satu proses pembelakaran untuk 700,000 anggota pergerakan itu.

“Saya mesti tekun dan tunjukkan mereka apa yang saya percaya. Jadi mereka akan perlahan-lahan fahaminya. Mereka harus tanya diri sendiri, 'kenapa dia (Khairy) buat begini' daripada buat kesimpulan bahawa saya bukan wira yang mempertahan orang Melayu.

“Jika saya berkeras, mereka akan menolaknya. Saya mahu mereka berfikir tentang apa yang betul dalam politik dan tidak betul secara politik. Jika tidak, kita akan kalah dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

umno 2007 pemuda keris 061107 overview Khairy juga menafikan beliau sebenarnya bergerak secara persendirian dalam memimpin pemuda.

“Tidak, sekiranya saya rasa sendiri, saya akan lebih sedih daripada hari ini. Saya sudah lepas semua ini, saya seorang yang realis dalam politik. Saya tidak letakkan harapan dan cita-cita tinggi sangat.

“Jadi bila saya lihat masalah dalam Pemuda Umno sebagai satu masalah, saya perlu telitinya dan fikirkan bagaimana mahu menyelesaikannya. Tetapi sekarang, bagaimana saya hendak ubah satu sudut masalah itu.

Khairy memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada pemilihan yang lalu dengan mengketepikan saingan sengit daripada Datuk Muhkriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo.

umno 2007 opening day 081107 march Ramai penganalisis berpendapat faktor bapa mertuanya banyak mempengaruhi kejayaannya itu. Ini diburukkan lagi apabila beliau tidak diberikan sebarang jawatan dalam jemaah menteri sehingga hari ini. Bagi sesetengah pihak, keputusan itu  sebagai tanda kepemimpinanya itu tidak diterima.

Pada masa yang sama, ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi ketua Pemuda Umno sepenggal sahaja, Khairy senyum dan enggan memberikan kata putus.

“Semuanya tidak mustahil dalam politik,” katanya sinis.

Ahli politik muda berumur 34 tahun itu juga meggambarkan ada persamaan antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih teraju pemerintahan daripada Abdullah.

pak lah najib hishammuddin khairy and umno delegates Menurut Khairy, perkara itu dalam dilihat dalam tindakan mereka menseimbangkan sokongan pada BN dengan menarik undi bukan Melayu dan pada masa yang sama mengekalkan kumpulan setia di kalangan akar umbi.

Katanya, cabaran terbesar Umno dalam pilihan raya umum akan datang ialah bagi membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu telah berubah.

“Secara umumnnya, saya rasa rakyat suka arah yang dibawa Najib,” kata Khairy ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

“Kritikan terbesar daripada pengundi kelas menengah dan atasan, yang terpelajar, sama ada beliau (Najib) bergerak solo.  Dan disebabkan apa yang disebut 'kami percaya sebab pemimpin semestinya buat sesuatu yang baik', tetapi apakah beliau dapat sokongan daripada semua orang?

“Mungkin situasi yang sama seperti saya dalam Pemuda Umno.”