BERITA

Ibrahim: Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan'

S Pathmawathy

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Sep 2010, 1:16 pagi

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai "sangat lucu".

ibrahim ali press conference at his home in taman melawati "Secara tiba-tiba PERKASA mendapat begitu banyak perhatian, (dan) ditambah lagi, dengan kenyataan Tengku Adnan dan Nazri," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Katanya, beliau agak terkejut mendengar kenyataan setiausaha agung Umno bahawa parti itu tidak mahu mengaitkannya dengan PERKASA.

"Bila kita minta sokongan Umno?" soalnya.

Sehubungan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA adalah sebuah NGO yang tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Hanya kerana mereka tidak akan menyokong kami, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai sokongan sama sekali," tambahnya.

Awal minggu ini, BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu.

Tengku Adnan yang bercakap bagi pihak Umno berkata, pihak itu tidak akan mengaitkan dirinya dengan PERKASA selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN, yang bimbang dengan pendirian pertubuhan itu yang didakwa bersifat rasis.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.