Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ditolak lagi - rayuan Anwar gugur tuduhan liwat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal lagi untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Rayuan membenarkan bantahan awal pihak pendakwaraya atas alasan perkara itu tidak boleh dibuat rayuan.

Bagaimanapun, peguam ketua umum PKR itu, Karpal Singh berkata pihaknya akan memfailkan notis untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan esok.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop. Dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Ma'ah Azhar.

Hakim Ahmad berkata pihak pendakwa berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut kerana perbicaraan sedang berjalan.

Beliau berkata, bidang kuasa mahkamah ditentukan oleh Seksyen 50 (1) Akta Mahkamah Kehakiman, sama ada ia boleh mendengar dan menentukan sebarang rayuan ketika perbicaraan sedang berjalan.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah menolak permohonan Karpal untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar, selepas memutuskan bahawa dakwaan hubungan Farah-Saiful tidak menjejaskan kes pendakwa terhadap ketua pembangkang itu.

Dengan memetik beberapa kes, Ahmad berkata keputusan Mahkamah Tinggi tidak merupakan satu keputusan sebagaimana dimaksud dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.

Oleh itu, katanya, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan tersebut dan seterusnya menolak rayuan Anwar itu.

[Baca berita penuh]

ADS