Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua orang pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuat kunjungan mengejut ke pejabat I'Da World Group Sdn Bhd hari ini.

roc official visit to i'da world 230910 02 Difahamkan, mereka dari bahagian pematuhan suruhanjaya itu datang untuk memeriksa status syarikat berkenaan.

Diperhatikan pegawai berkenaan turut mengambil gambar di ruang dalaman pejabat syarikat tersebut di Kelana Jaya.

Kedua-dua pegawai tersebut turut menemui ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan Mohamad Sobri Din.

I'DA World Group Sdn Bhd mencuri tumpuan dan menimbulkan kejutan semua pihak kerana dikatakan bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

utusan report on four billion donation to pas by ida world 220910 Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Cek replika sumbangan itu diterima oleh adik menteri besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.

Sementara itu, kedua-dua pegawai SSM tersebut keluar dari pejabat berkenaan kira-kira 40 minit kemudian tanpa bercakap kepada pemberita.

Mohamad Sobri ketika ditemui selepas itu berkata, beliau tidak diberitahu pemeriksaan itu dibuat mengikut seksyen mana.

Tambahnya, pegawai berkenaan juga tidak mengambil sebarang dokumen daripada pejabat tersebut.

 

ADS