Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco: Penduduk bimbang PERKASA hadir majlis PM
Diterbitkan:  Sep 29, 2010 4:36 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, beliau telah menerima aduan dari penduduk tempatan yang bimbang terhadap penglibatan PERKASA dalam program perdana menteri di Padang Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada 2 Oktober ini.

iskandar abdul samad Beliau yang merupakan pengerusi jawatankuasa tetap perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan negeri Selangor berkata ini kerna terdapat khabar angin bahawa program itu adalah anjuran sebuah pertubuhan seni silat dan PERKASA.

Katanya, walaupun pihak penganjur telah menghubungi beliau dan memberithu bahawa PERKASA tidak terlibat tetapi sebuah akhbar melaporkan bahawa pihak penganjur telah menjemput pemimpin PERKASA ke majlis tersebut.

"Oleh itu, penduduk bimbang penglibatan PERKASA akan memberi kesan buruk kepada hubungan antara kaum di kawasan DUN Cempaka - tempat majlis itu akan diadakan," katanya dalam satu kenytaan.

NONE "Hubungan antara kaum di Cempaka dan kawasan parlimen Pandan adalah begitu baik sekarang ini, maka penduduk tidak mahu melihat ia terjejas akibat majlis tersebut," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri dan pihak penganjur akan turut mengambil kira keharmonian masyarakat kerana majlis itu telah mendapat publisiti buruk dan telah mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat.

"Saya yakin perdana menteri tentu sekali tidak mahu nama dan kredibiliti beliau tercemas akibat majlis ini," tambahnya.

ADS