Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SU PKR: Patuhi keputusan boikot Utusan
Diterbitkan:  Oct 6, 2010 3:45 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Ahli PKR diingatkan supaya mematuhi arahan parti supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia dan edisi hujung minggunya, Minggu Malaysia yang dimiliki Umno.

azlan “Ia sebahagian daripada disiplin bagi mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti,” kata setiauasaha agung PKR, Saifuddin Nasution kepada wartawan di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, apabila seseorang individu menyertai sesuatu parti, sebarang tindakan politik yang dibuat oleh ahli itu mesti selaras dengan segala keputusan pucuk pimpinan.

Jelas Saifuddin, meskipun PKR menghormati kebebasan media, namun Utusan Malaysia dipulaukan kerana sering-kali memutar-belitkan berita mengenai parti itu sejak ia ditubuhkan pada 1999.

Saifuddin berkata beliau tidak merujuk kepada mana-mana individu berhubung amarannya itu kerana sebagai setiausaha agung, beliau adalah berkecuali.

NONE Menyifatkan pendirian parti terhadap akhbar itu amat jelas, Saifuddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak yang PKR sentiasa mendukung amalan kebebasan media tetapi kes melibatkan Utusan adalah kes khusus.

Katanya, Utusan Malaysia dari dahulu sentiasa cuba menghancurkan PKR dan tindakan berkenaan berterusan sehingga sekarang.

"Keputusan kita adalah memboikot akhbar itu, pinggirkan mereka dari sidang akbar dan aktiviti kita. Itu pendirian parti,” katanya.

Katanya, ahli PKR yang mengengkari arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut artikel 27(3) perlembagaan parti itu.

"Ia juga memperuntukan majlis tertinggi PKR kuasa untuk menggantung atau memecat keahlian ahli yang degil,” katanya.

Saifuddin berkata lembaga disiplin parti itu juga sedang menilai beberapa kes dan akan menjatuhkan hukuman ke atas mereka yang beratnggungjawab menjadikan mesuarat cabang kucar-kacir dan kecoh.

[Baca berita penuh]

ADS