Koh terima peletakan jawatan Keng Yaik
Diterbitkan: Oct 6, 2010 9:03 PM | Dikemas kini: Oct 7, 2010 9:47 AM
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah menerima peletakan jawatan penasihat parti itu, Tun Dr Lim Keng Yaik selepas kedua-dua mereka mengadakan pertemuan hari ini.
Bagaimanapun, Lim yang juga mentor Koh yang mengambil alih teraju Gerakan, kekal sebagai pengerusi Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Koh menyeru pemimpin dan ahli Gerakan supaya bersatu hati dan melangkah ke hadapan dalam memberi perkhidmatan kepada negara, rakyat dan parti.
Keputusan tersebut dibuat 24 jam selepas jawatankuasa pusat parti itu sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Lim semalam.

