Hisham nafi polis gagal siasatan peguam Banting
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membela pasukan polis daripada kritikan bahawa ia lembab dalam menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi, dengan menafikan bahawa laporan-laporan yang dibuat terhadap suspek utama kes pembunuhan itu, diabaikan.
Hishammuddin berkata sebelum suspek dikaitkan dengan kes pembunuhan Sosilawati, enam laporan polis telah dibuat terhadap dua mereka, manakala salah satu kes tersebut dalam perbicaraan.
Daripada enam laporan yang dibuat pada tahun 2005 dan 2010, jelas beliau, lima daripadanya membabitkan penipuan dan satu melibatkan laporan orang hilang.
Siasatan terhadap tiga kes berkenaan telah selesai, kata Hishammuddin.
Lim, bagaimanapun, tidak puas hati dengan jawapan menteri dalam
negeri, dengan menegaskan bahawa keyakinan rakyat terhadap pasukan polis dan profesionalismenya sedang merosot.
Tegas Lim lagi, jika semua laporan orang hilang itu diambil serius dan diselesaikan segera, pembunuhan dari Sosilawati (kanan) dan tiga orang lain boleh dielakkan.
Hishammuddin menjawab dengan mengatakan "tidak timbul soal polis lembab' kerana pasukan polis telah menyiasat kesemua laporan yang melibatkan peguam-peguam berkenaan.
Selain mengenai orang hilang, laporan yang lain adalah mengenai dakwaan penipuan dalam urusniaga tanah, bukan pembunuhan, katanya.
Antara tahun 2000-2010, polis telah menyelesaikan 21,344 kes dari 35,473 orang hilang, kata Hishammuddin.
Sehubungan itu, beliau menegur pembangkang supaya tidak bersikap selektif dalam isu-isu yang dibangkitkan.
Sosilawati, 47, dan tiga orang lain - peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Kamarudin Shansudin, 44, hilang pada 30 Ogos.
Lapan suspek telah ditahan, antaranya, dua beradik peguam. Berita asal

