Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3 lesen syarikat broker saham baru
Diterbitkan:  Oct 15, 2010 4:44 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit, kata Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata SC akan menambah bilangan "Proprietary Day Traders" beroperasi di pasaran.

SC juga akan memudahkan proses dan prosedur penyenaran syarikat dan produk terutama Dana Dagangan Bursa (ETF), katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di

Dewan Rakyat hari ini.

Ia adalah antara langkah untuk menggerakan pasaran modal domestik, terutama memeplbagaikan propduk pelaburan, meliberalisasikan syarat pemegangan ekuiti dan

had pelaburan, menawarkan insentif menarik selain meningkatkan kerjasama dengan

burs-bursa asing.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS