Kim Quek, penulis buku yang telah diharamkan -- 'The March to Putrajaya - Malaysia's New Era is at Hand' -- disoalsiasat oleh polis di Bukit Aman hari ini.

"Saya dipanggil sebagai saksi, untuk membantu siasatan mereka terhadap buku saya yang sedang disiasat di bawah akta hasutan," katanya dalam sidang akhbar selepas itu.

NONE

Quek berkata, sebelum disoal siasat, dia dimaklumkan oleh pihak polis mengenai satu laporan yang dibuat terhadapnya. Bagaimanapun mereka enggan memberi salinan laporan tersebut.

Quek (kiri), yang tiba di Bukit Aman pada jam 2.10 petang dan berjumpa polis pada jam 2.30 petang berkata, dia ditanya banyak soalan berkaitan artikel dalam bukunya itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau diam dan tidak menjawab - menggunakan haknya di mengikut seksyen 112 kanun prosedur jenayah, di mana saksi tidak menjawab soalan kecuali dipanggil ke mahkamah.

Quek ditemani peguamnya Aston Paiva serta kira-kira tujuh penyokong

termasuk ahli keluarga serta kolumnis Josh Hong dan aktivis sosial Wong Chin Huat.

Bukunya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri selepas ia dituduh menghasut kebencian terhadap Perlembagaan.

Setiausaha KDN, Datuk Mahmood Adam berkata buku itu bacaan

untuk dibaca umum."

[Baca berita penuh]