BERITA

Anwar: Ujian berat di Batu Sapi, cerah di Galas

Hafiz Yatim

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Okt 2010, 3:16 pagi

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR akan menghadapi ujian berat dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

NONE "Saya akui, kita mesti bekerja keras di Batu Sapi," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas kes perbicaraan liwatnya ditangguhkan hari ini.

Bagaimanapun, mengenai pilihan raya kecil DUN Galas yang dijalankan serentak, Anwar berkata PAS sebaliknya mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Bagi kedua-dua kerusi, proses penamaan calon berlangsung serentak pagi ini.

Setakat ini, di Batu Sapi, tiga orang telah menyerahkan borang pencalonan. Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Di Galas pula, hanya dua calon yang mengemukakan borang mereka. Mereka adalah Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN).

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.