mk-logo
Berita
Pemilihan PKR: Mustaffa Kamil juga tarik diri?

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub masih mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri jika parti itu gagal menagani dakwaan “kelemahan dan penyelewengan” dalam pemilihan langsung PKR.

"Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti,” katanya kepada  Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

azlan Mustaffa juga mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi.

Katanya, beliau akan menyerahkan memo kepada presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Chia memberikan butiran teroperinci seperti tarikh dan bentuk ‘kepincangan’ itu.

Naib presiden PKR itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tetapi berkata beliau akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara berkenaan apabila memo sudah dihantar.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS