Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah strategi PKR untuk Sabah dan Sarawak yang juga naib presiden parti itu, Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak berminat menyertai mana-mana parti politik yang ditubuhkan di semenanjung.

NONE “Saya tiada hasrat sertai mana-mana parti baru yang mungkin ditubuhkan di semenanjung,” kata Jeffrey melalui telefon petang semalam.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Jeffrey akan menyertai Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan akan membentuk parti baru selepas ketua PKR Wilayah Persekutuan itu menarik diri daripada pertandingan timbalan presiden yang sedang berlangsung dan mengumumkan tindakannya keluar parti.

Jeffrey yang tidak mempertahankan jawatannya juga sebelum ini seringkali membidas kepimpinan parti. Beliau juga menyokong Zaid untuk jawatan nombor dua PKR.

“Saya sedang bercuti sehingga akhir bulan depan. Saya tidak bercadang untuk sertai atau mengalakkan pembentukkan parti serpihan di semenanjung,” jelasnya.

“Saya ikuti perkembangan semasa tetapi tidak menasihatakan atau terbabit dengannya meskipun saya terpaksa mendengar nasihat yang tidak diminta. Ia adalah bahaya pekerjaan,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS