Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sidang media Zaid kembali diteruskan
Diterbitkan:  Nov 18, 2010 3:32 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Selepas beberapa jam membatalkan sidang medianya berhubung pengundurannya daripada PKR, bekas calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim mengambil keputusannya mengadakan kembali sesi itu.

"Saya mohon maaf dengan ikhlas, sidang media yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi esok  di rumah Datuk Zaid diteruskan.

NONE "Terima kasih dan maaf atas sebarang kesulitan," kata seorang pegawainya Muhammad Firdaus Christopher melalui SMS kepada pihak media.

Awal pagi tadi, Zaid membatalkan sidang medianya bagi menjelaskan "semuanya" berhubung pengundurannya daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya itu.

"Sila ambil perhatian, sidang media Datuk Zaid esok dibatalkan ekoran beliau mempunyai hal penting, tetapi ia (penjelasannya) akan dimuatkan di blognya," kata Muhammad Firdaus pagi ini, juga melalui SMS.

pkr egm 130609 zaid ibrahim join party Sebelum ini, merujuk kepada laporan mengejutkan oleh sebuah harian berbahasa Inggeris bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai anggota PKR, Zaid mengesahkan perkara itu melalui blognya.

Bagaimanapun, menurutnya penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dimuatkan dalam blog Zaid untuk Rakyat esok.

Bermula dengan tidak puas hati dengan pemilihan parti, bekas pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan itu sebelum ini turut menyifatkan Anwar dan Naib Presiden Azmin Ali sebagai "punca masalah" dalam PKR.

Sementara itu, Anwar pula esok dijadual menyampaikan "amanat penting" bagi menjelaskan perkembangan semasa dalam parti itu, dijangka berkaitan sekitar kontroversi dalam pemilihan langsung parti.

ADS