Pemilihan PKR: Calon India belum menyinar
Memasuki minggu terakhir pemilihan PKR, calon-calon berbangsa India yang bertanding merebut jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berharap dapat memecut di selekoh terakhir.
Dalam persaingan kerusi naib presiden, kewibawaan calon-calon bangsa itu tidak dipersoalkan, bahkan empat daripada lima yang bertanding turut memikul tugas sebagai wakil rakyat.
Antara mereka, R Sivarasa (ahli parlimen Subang), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Exco Selangor Xavier Jayakumar (Kota Raja).
Bagaimanapun, sejak pemilihan belum bermula, perbezaan antara mereka sudah jelas di mana Sivarasa dan Xavier diberikan jolokan 'elit', bertentangan dengan gelaran 'pemimpin akar umbi' yang diberikan pada Manikavasagam and Gobalakrishnan.
Gobalakrishnan merupakan bekas setiausaha Pemuda MIC sehingga 1999 sebelum menyertai PKR manakala Manikavasagam pula pernah menjadi 'pemilik pusat kitar semula'.
Walaupun kedua-dua 'pasukan' ini dilihat hadir dalam program yang sama, ia tidak membawa justifikasi bahawa mereka bekerjasama, sekali gus memantulkan keputusan kurang memberangsangkan dalam pemilihan parti.
Sumber dalaman menyifatkan, 'perpecahan' antara anggota PKR berbangsa India - yang membentuk 35 peratus daripada keseluhuran anggota - digambarkan melalui jumlah ramainya yang mencuba nasib untuk kerusi nombor tiga itu.
Dalam persaingan merebut empat tempat, paling hampir, Gobalakrishnan kini di tempat kelima dengan 1,230 undi.
"Anggota India terus menjadi penentu dalam pemilihan parti, tapi masih terdapat 'percahan' dingin antara mereka. Mereka tak mengundi ikut warna kulit, yang mana baik untuk hubungan kaum," kata sumber itu.
Menurutnya lagi, walaupun Xavier dan Sivarasa dianggap dalam pasukan calon popular untuk kerusi timbalan presiden Azmin Ali, kedua-dua pemimpin itu mempunyai penyokong masing-masing.
Malah, menurut sumber itu lagi, mereka mempunyai pengikut yang sama, menyebabkan berlakunya pecah undi.
Ramai pemimpin parti itu menafikan trend pengundian dalam parti itu berdasarkan warna kulit.
Manakala ketika Gobalakrishnan berhempas pulas untuk sampai ke tempat kelima, Xavier keenam, Sivarasa (lapan) dan Manikavasagam (15), pengarah strategik parti itu Tian Chua dengan mudahnya di tangga kedua dengan 9,524 undi.
Seorang calon, Gobalakrishnan ketika dihubungi masih berharap 'sesuatu'akan berlaku apabila 57 cabang lagi membuat keputusan mulai esok.
"Saya harap semua anggota akan keluar beramai-ramai mengundi. Tak banyak lagi yang boleh saya lakukan. Saya memang jangkakan kedudukan lebih baik. Tetapi, apa boleh saya buat?" katanya pasrah.
[Berita asal]

