Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NUBE tuntut bonus 80 bulan untuk anggota Maybank
Diterbitkan:  Nov 19, 2010 5:18 PM
Dikemaskini: 9:21 AM

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini mendesak bonus sebanyak 80 bulan dibayar kepada 5,000 anggotanya di Maybank, sebagai tunggakan bagi tempoh sepuluh tahun lepas.

j solomon nube sec gen 290806 calm Setiausaha Agungnya J Solomon berkata desakan itu dibuat atas dasar bonus serupa telah dibayar kepada kakitangan eksekutif bank berkenaan bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata walaupun NUBE berbangga dengan pencapaian cemerlang perbadanan di Malaysia, namun pengiktirafan serta ganjaran perlu diagihkan secara sama rata kepada semua kategori pekerja.

"Bagi suku pertama tahun ini, keuntungan Maybank melebihi paras RM1 bilion, dan anggota NUBE turut menyumbang kepada situasi ini, maka mereka perlu diberikan ganjaran sewajarnya," katanya hari ini.

Soloman berkata kesatuan itu telah menulis kepada bank tersebut pada 14 Okt berhubung perkara tersebut, namun belum menerima sebarang jawapan.

"Ini jelas menunjukkan rasa tidak hormat syarikat berkaitan kerajaan kepada pekerjanya sendiri, yang merupakan warga negara Malaysia.

maybank logo "Malah, ini bertentangan dengan aspirasi gagasan 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi yang bermatlamat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun, ia perlu memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya segelintir yang merampas kemakmuran yang diperoleh serta dicipta oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS