Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

bersih rally 271207 05 Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa , anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Takbir, ciuman gembira

Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir.

Gobalakrishnan kelihatan terlalu gembira dengan keputusan itu dan lantas mencium pipi peguam Jason Tay.

Mereka yang lain: Mohd Salim Yeslam, 25, Ahmad Razali Abd Rahman, 53, Razali Abdul, 37, Mohd Asri Ahmad, 37, Muhd Harith Fatillah Shahabudin, 27, Saleh Mohamad Tahir, 50, Azahar Yusop, 46, Sulaiman Ahmad, 60, Taib Abdullah, 36, Mohd Abi Salam Ariffin, 28, Ishak Othman, 36, dan Mohd Zad Abdullah, 42.

Dua lagi merupaka tertuduh juvana dari Kedah.

Kesemua mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat, merangkumi laman Masjid Negara, Jalan Istana, Jalan Raja Laut dan sekitar pusat membeli-belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman Rahman antara jam 1 hingga 4 petang pada 10 November 2007.

ADS